Sekolah Kebangsaan Bukit Katil adalah nama asal bagi SK Dato Demang Hussin. Bermula dengan bangunan kayu dengan dua bilik darjah terletak di hadapan Masjid Bukit Katil, SKDDH kini terletak di lokasi sekarang dengan keluasan 3.8 hektar Pada Julai 1924, sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina di lokasi sekarang dan Guru Besar pertama ialah Haji Hussin Maaji.
Pada 18 November 1968 bangunan kedua telah dibina. Bangunan separuh kekal terdiri dari dua bilik darjah yang kini telah diubahsuai menjadi bilik guru dan kedai buku.
Bangunan ketiga pula dibina pada 16 Oktober 1975. Bangunan ini terdiri dari 4 buah bilik darjah, pejabat sekolah, 2 buah tandas dan stor. Pada 17 Januari 1975, sebuah padang seluas 2 ekar lebih telah dibina di atas lot 397.
Pada bulan Januari 1983, nama Sekolah Kebangsaan Bukit katil telah diubah kepada nama SK Dato’ Demang Hussin sempena nama penghulu yang juga guru besar dan LPS pertama sekolah ini.
Pada tahun 1997, bangunan keempat telah dibina melalui konsep ‘gotong royong’ yang terdiri dari 3 buah bilik darjah.
Pada tahun 1998 bangunan kelima telah siap dibina. Bangunan 4 tingkat ini terdiri dari 14 buah bilik darjah, sebuah bilik sains, bengkel kemahiran hidup, bilik mesyuarat, 2 buah tandas, 2 buah bilik utiliti dan kantin bertujuan menampung pertambahan murid yang semakin bertambah dari masa ke semasa.
Sebuah surau juga dibina melalui dana yang dikumpulkan oleh PIBG. Pada tahun 2006 surau berkenan telah diperbesarkan melalui dana yang disumbang oleh Kerajaan Negeri Melaka, PIBG dan guru-guru melalui Majlis Jamuan Makan malam amal yang diadakan pada 13 Mei 2006.
Pada Ogos 2007 bangunan makmal komputer 2 tingkat telah disiapkan dan mula beroperasi pada Januari 2009. Pada Disember 2007, bangunan pendidikan prasekolah telah dibina melalui program Perluasan Prasekolah Jabatan Pelajaran Melaka . Manakala pada akhir September 2008, sebuah bangunan pendidikan khas telah dibina dan mula beroperasi pada Januari 2009.
Pertambahan murid pada pertengahan tahun 2009 kerana projek kerajaan Negeri Melaka membina perkampungan untuk rakyat termiskin Negeri Melaka di Taman Rumahku Syurgaku, hal ini menyebabkan terbinanya satu lagi bangunan tambahan (banguan sementara). Bangunan ini dibina bagi menampung pertambahan bilangan bilik darjah. Bangunan ini terdiri daripada empat buah bilik darjah dan terletak diatas padang sekolah. Dijangka siap pada akhir bulan januari 2010.

Dicatat oleh : Fasilitator Schoolnet SKDDH