Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin atau nama ringkasnya SK Dato Demang Hussin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 9, Bukit Katil. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin memiliki 667 pelajar lelaki dan 621 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1288 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.Pada 2012, Sekolah Kebangsaan Dato'Demang Hussin lebih kurang 1200. Ia mempunyai 70 orang guru.

Motto & Slogan Sekolah

MOTTO SEKOLAH

‘Ilmu Nilai Hidup’

Merupakan pedoman dan pegangan kepada murid-murid menjadi berilmu agar kehidupan kita lebih bernilai.

SLOGAN SEKOLAH

Sekolah Kita Tanggungajawab Kita

Cepat, Tepat, Hebat

Cepat, Bijaksana, Sempurna

http://2.bp.blogspot.com/_EdWLa0GsyVM/S6buXlS7bvI/AAAAAAAAADw/XRhCvOBS6hU/S220/lencana.png

Jawatankuasa SK Dato'Demang Hussin

SK Dato'Demang Hussin takkan meyerlah di mata masyarakat tanpa bantuan pihak pentadbir.Mereka inilah tulang belakang yang menjadi nadi penggerak SKDDH selama ini.Kini tugasan itu dipikul oleh mereka yang berwibawa ini.Mereka ialah Guru Besar sekolah .

 
Guru Besar , Puan Hajah Nor 'Aisah Muhammed.
1995-sekarang


GPK Hem ,"Puan Hamidah Yatim
2008-sekarang


GPK 1 , Puan Rosinah Abu Samah.
sekarang


GPK Ko-ku ,  Encik Husin Abu Noh.
sekarang




Tokoh Sekolah

           SK Dato'Demang Hussin telah lama bertapak di Bukit Katil dan ianya telah melahirkan insan berwibawa.Antara yang paling banyak menaburkan bakti adalah Ketua Menteri Melaka dan Datuk Bandar kita sendiri.

 


           Datuk Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.

http://vm.pknm.com/images/stories/datukyusof.jpg 
Datuk Yusof bin Hj. Jantan dilahirkan di Melaka pada Mei 18, 1966, Beliau menamatkan pendidikan tertiari dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia, Kedah pada tahun 1990.

Beliau mempunyai 11 tahun pengalaman dalam sektor swasta perbankan dan kewangan. Beliau memulakan kerjayanya dengan Public Finance Berhad dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Cawangan di institusi kewangan yang sama sebelum bergerak ke ICM Industries Corporation Berhad sebagai Pengurus Besar pada Februari, 2002. Pada Jun 2002, beliau menyertai perkhidmatan awam dan telah dilantik sebagai Pengurus Besar pada Ketua Menteri Diperbadankan Melaka. Pada tahun 2003, beliau telah dilantik ke Melaka Foundation sebagai Pengurus Besar.